Friday 5 August 2016

PENGENALAN DIRI

Teks : Siti Noranida Zainuri
Pengenalan Diri
Bismillahirrahmaanirrahim..
Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
Salam perkenalan kepada semua pembaca blog saya.
Alhamdulillah syukur ke hadrat illahi kerana diberi peluang untuk mempelajari dan mengetahui secara mendalam tentang berniaga melalui blogger.
Terlebih dahulu saya ingin memperkenalkan diri saya kepada semua pembaca blog saya. Pada tanggal 09April1984, saya telah dilahirkan oleh seorang ibu yang bernama Soom Binti Knimat. Sewaktu bapa saya yang bernama Zainuri Bin Abd Razak ingin mengambil saya dan ibu di Hospital Besar Klang untuk pulang ke rumah bapa saya berbual dengan pemandu teksi yang dinaikinya dan terselit lah cerita tentang anak pemandu teksi yang kini belajar di Universiti bernama Siti Noranida. Maka dengan itu Bapa saya secara tidak langsung terus meletak nama saya Siti Noranida Binti Zainuri. Nama panggilan didalam keluarga sebenarnya "Adik" sebab saya anak bongsu, panggilan dari rakan-rakan pula Ida tapi ramai yang panggil Nida pula..hee..Dengan ini saya ingin membahasakan diri saya sebagai Nida di dalam blog  saya ini.
Baiklah, Nida hanya berkelulusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia yang diambil di Sekolah Menengah Dato' Hamzah pada 2013.Pelbagai kenangan di sekolah masih terpahat di memori ini.
Nida pernah bekerja di empat buah syarikat yang berlainan. Pekerjaan akhir Nida adalah kerani di sebuah syarikat terletak di Pulau Indah Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang.
Setiap hari Nida akan membuka laman sesawang media sosial untuk mempromosikan apa yang Nida niagakan kepada pembaca facebook dan whatsapp.Selain dari itu Nida minat membaca dan menonton televisyen.
Nida pernah menjadi dropship menjual baju, dress, tudung, emas korea, produk Qaseh Gold bagi menambahkan pendapatan isi rumah Nida. Sekarang Nida lebih utama kepada perniagaan Qaseh Gold. Dengan ini, kepada sesiapa yang berminat ingin mengamalkan makanan Sunnah Qaseh Gold boleh menghubungi Nida di talian 0182722245.
Nida minat membaca buku seperti majalah dan surat khabar. Biasanya majalah yang Nida baca adalah seperti Mingguan Wanita, Remaja, Pa&Ma.
Nida juga seperti anda yang sebagai pembaca juga mempunyai beberapa url blog & fanpage sedia ada antaranya http://sitinoranidazainuri,blogspot.my/
Sebenarnya banyak lagi nak diceritakan dari pengenalan diri Nida ni. Tapi boleh jer Nida teruskan cerita berkaitan dengan Nida di post seterusnya..Tunggu tau!😉

Terima Qaseh

No comments:

Post a Comment