Sunday 7 August 2016

Mengenali Ilmu Blog

Teks Siti Noranida Zainuri

Mengenali Ilmu Blog

Sekian lama Nida mengidamkan mempunyai blog sendiri. Nida Selalu membaca dan menjelajah blog mereka-mereka yang pelbagai rupa dan bentuk ayat yang sangat tersusun membuatkan Nida lebih teringin mendalami ilmu membina blog sendiri. Alhamdulillah pada 06/08/2016 di hari Sabtu bertempat di Sungai Buloh dapat juga Nida meluangkan masa untuk mempelajari ilmu membina blog sendiri yang diajar oleh cikgu anys Idayu Zakaria yang sangat dikenali ramai dan mahir dalam membina blog.
Walaupun pelbagai rintangan dihadapi sebelum menghadiri kelas namun jika sudah dikatakan rezeki memang tetap kita perolehi juga.
Makanya sekarang sudah terhasil sebuah blog yang diberi nama Jana Pendapatan Dengan Qaseh Gold yang hampir lengkap. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada rakan-rakan bisnes Qaseh Gold terutama leader hebat Puan Zalina yang sudi mempelawa rakan niaga Qaseh Gold untuk menghadiri kelas blog ini.Juga kepada puan Ezzalin yang memberi cadangan serta menganjurkan kelas blog dengan begitu lancar dan serba sedikit dapat membantu rakan-rakan yang lain memperluaskan perniagaan dengan adanya blog sendiri.
Walaupun ramai yang telah mempelajari ilmu blog secara online, mereka masih tidak dapat mengikuti dan melengkapkan blog mereka kerana belajar secara online tidak sama seperti belajar secara offline. Belajar secara offline lebih difahami dan mudah untuk membina. Syabas buat cikgu Anys Idayu yang katanya baru pertama kali mengajar secara offline. Selain daripada facebook, instagram, whatsapp, blogger juga dapat membantu seseorang peniaga mendapat lebih ramai pelanggan hasil dari kongsi cerita melalui blogger.
Foto : Siti Noranida Zainuri

Baiklah, sekarang Nida akan cuba sedaya upaya menyiapkan 44 entri untuk melengkapkan blog yang telah dibina pada setiap hari walaupun ada kalanya idea sukar ditemui.Jika kita ikut apa yang cikgu kata & ajari sudah tentu semua akan berjalan dengan baik..InshaaAllah..

Sumber Foto : Siti Noranida Zainuri




No comments:

Post a Comment