Sunday 7 August 2016

Keluarga Ceria Bersama Qaseh Gold

Teks : siti noranida binti zainuri
Hari minggu adalah hari bersama keluarga. Akan tetapi jika seorang peniaga hari minggu bukan hari bercuti lebih-lebih lagi  jika mereka berniaga secara online. Walaupun dimana berada di hari minggu peniaga online seperti Nida akan sentiasa menyebarkan manfaat produk @ barang yang diniagakan. Bukan susah sangat pun, hanya update status di laman sosial seperti facebook, whatsapp, instagram yang bertujuan untuk mempromosikan sesuatu produk yang ingin dijual.
Hari minggu ni Nida telah menghadiri majlis kenduri kahwin sepupu sebelah suami. Kami sekeluarga sangat seronok kerana dapat berkumpul dan berbual temtang hal masing-masing. Bagi Nida pula tidak akan lepas peluang untuk bercerita tentang produk hebat Qaseh Gold dan bercerita tentang pengalaman semalam nya menghadiri kelas membina blog.
Wah!! Ada yang teruja juga dengar tentang kebaikan Qaseh Gold. Apa-apa pun kami sekeluarga sangat gembira kerana dapat berjumpa dan berkenalan antara satu sama lain bersama ahli keluarga sebelah suami.walaupun sekejap tapi perjumpaan penuh manfaat.


Sumber Foto : Siti Noranida Zainuri
Sumber Foto : Siti Noranida Zainuri
Sumber Foto : Siti Noranida Zainuri


Alhamdulillah selesai dalam memenuhi jemputan pada hari ini.
Nida akan terus fokus pada aktiviti Nida seterusnya...

No comments:

Post a Comment